[EXCLUSIVE] Bersama jejaka Melayu yang mahir bertutur bahasa Korea – Muhamad Khalid

Berhijrah ke Korea Selatan, boleh di katakan impian bagi ramai golongan muda zaman kini. Ramai yang mengimpikan untuk menetap di sana, kerana terpengaruh dengan apa yang dilihat di dalam drama-drama Korea yang meletup di sini sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Namun begitu, hakikat seorang rakyat Malaysia, yang di kenali kerana video ‘viral’ ketika menghadiri salah satu rancangan TV di Korea bukanlah kerana pengaruh drama Korea ataupun ‘Hallyu Wave’.

Khalid 3

Muhamad Khalid bin Ismail, atau dikenali sebagai Karl Lead menyambung pelajarannya di salah sebuah universiti di Korea. Setelah selesai, beliau terus bekerja di salah sebuah syarikat tempatan di sana. Krew kami telah berkesempatan untuk bertemu dengan Khalid sewaktu berada di Seoul. Ikuti temu bual singkat kami dalam video di bawah.

Saudara Khalid juga baru melangsungkan perkahwinan dengan seorang gadis Korea. Di kesempatan ini, kami ingin mengucapkan Tahniah dan Selamat Pengantin Baru kepada kedua mempelai.

Khalid 2

Photo dari FB saudara Khalid

Comments

comments

907 Views